Posts

Showing posts from 2013

Maluku Hatiku.

Image
assalamualaikum wbt "Allah sahaja yang menjadikan yang mungkin dan mentiadakan yang mungkin" - Tuan Guru Ustaz Razak Apa yang dimaksudkan oleh ustaz Razak tu? maksudnya, dalam dunia ini, dalam alam ini, hanya Allah sahaja yang ada kuasa untuk "mewujudkan" sesuatu dan "mentiadakan (mematikan/memusnahkan)" Sama juga dengan jodoh, semua jodoh kita boleh dikatakan telah ditetapkan oleh Allah sejak kita berusia 4bulan dalam kandungan, masa itulah Allah meniupkan roh kita. Menulis sama ada hidup kita akan senang atau celaka, miskin atau kaya, dan qada' dan qadar kita pun turut ditulis ketika itu. But, saya taknak berhurai atau bermadah tentang itu. Saya nak bermadah tentang ikatan ukhuwwah atau remaja sekarang lebih gemar memanggilnya "CINTA". Cinta adalah sesautu fitrah manusia yang tidak dapat kita ungkapkan dengan kemanisan bahasa. Tetapi, ia dapat diungkapkan dengan rasa dan kehadirannya dalam hati serta jiwa seseorang.

Wahdaniah artinya Esa

Sifat Allah Wahdaniyyah yaitu esa atau tunggal. Hal ini sesuai dengan kalimat syahadat, Asyhadu alaa ilaa ha illallah, Tiada Tuhan selain Allah. “Sekiranya ada di langit dan di bumi ilah-ilah selain ALLAH, tentulah keduanya itu sudah rusak binasa. Maka Maha Suci ALLAH yang mempunyai Arsy daripada apa yang mereka sifatkan. “ (QS. Al-Anbiya: 22) Tuhan Allah bersifat Wahdaniah. Artinya Esa, Tuhan Allah Maha Esa, mustahil Ia banyak (berbilang) kalau Ia banyak tentu timbul perselisihan atau perbedaan paham antara mereka dan akan binasalah alam ini karena yang satu membawa ke hilir dan yang lain membawah ke mudik. Karena itu Allah Esa, Maha Tunggal. Dalil sifat ini ada di dalam Al-Quran. Artinya : “Dan Tuhanmu adalah Allah yang Esa, tiada Tuhan selain Dia, Pengasih dan Penyayang” (Al-Baqarah:163) Allah itu maha Esa, Allah itu satu. Satu itu kalau pada benda dapat dibelah-belah, tapi Allah tidak dapat dibelah-belah. Berarti satunya Allah juga berbeda dengan satunya makhluk. Satu secara makhlu

Sifat-sifat wajib bagi Allah

Berikut adalah 20 sifat wajib bagi Allah: 1. Wujud artinya Ada 2. Qidam artinya Terdahulu 3. Baqa’ artinya Kekal 4. Mukhalafatul lil Hawadisi artinya Berbeda dengan makhluk-Nya 5. Qiyamuhu Ta’ala Binafsihi artinya Berdiri dengan sendiri-Nya 6. Wahdaniyat artinya Esa (zat, sifat & af’alnya) 7. Qudrat artinya Berkuasa 8. Iradat artinya Berkehendak 9. Ilmu artinya Mengetahui 10. Hayat artinya Hidup 11. Sama’ artinya Mendengar 12. Bashar artinya Melihat 13. Kalam artinya Berfirman 14. Qadirun artinya Maha Menguasai 15. Mu’ridun artinya Maha Menghendaki 16. ‘Alimun artinya Maha Mengetahui 17. Hayyun artinya Maha Menghidupkan 18. Sami’un artinya Maha Mendengar 19. Bashirun artinya Maha Melihat 20. Mutakallimun artinya Maha Befirman (ana hanya copy/paste daripada laman yang lain.

Kepulan Awan Di Langit

Image
Assalamualaikum wbt      Sedihnya hati bila aku tengok perempuan zaman sekarang, bukan nak dikata jahat. Tapi, hakikatnya mereka masih lagi jahil dengan selok belok agama. Ada istilah yang mengatakan " Akan ada perempuan yang memakai baju tapi telanjang ". Sekarang kita dah boleh nampak dah, setiap kali aku keluar rumah mesti jumpa punya. Ada yang bertudung tapi tudungnya singkat dan jarang, ada yang memakai baju tapi lengan bajunya pendek dan ketat, ada yang memakai seluar tapi seluarnya ketat (skinny jeans).      Aku tak tahu apa masalah mereka, aku cuma nak tekankan pendirian mereka. Apa mereka ini tak ada maruah kah? atau mereka sengaja untuk menjatuhkan maruah mereka sendiri? Wallahualam. Tapi yang penting, aku, kau, kita semua ada tanggunjawab masing-masing iaitu menegur kesalahan mereka. Walaupun kita sendiri tak sempurna, tak apalah. Anggap sahaja teguran yang kita beri pada mereka itu juga untuk kita sendiri. Jangan takut, Islam tak halang orang yang nak berubah.

Mengapa?

Image
Assalamualaikum wbt      Pernah tak kita tertanya kepada diri kita sendiri, kenapa selama ini aku jahat sangat? Perintah Allah aku tak endahkan, sunnah rasulullah saw aku tak amalkan dan kata-kata ibubapa aku abaikan... kenapa semua itu berlaku sebenarnya? Memang terdetik dalam hati aku nak berubah sangat-sangat, taknak dah buat orang lain tak suka dengan sikap aku ni. Tapi bila? bila masanya yang sesuai? Hari ni aku tak solat, dalam hati terdetik serangkai kata "Takpe, esok aku solat cukup laa" tapi hakikatnya tak juga dibuat...      Mengapa hati kata lain tapi badan buat lain? Itulah masalah kita sebenarnya, mungkin bila kita fikir kita nak berubah jadi baik kita akan jadi baik, tapi hakikatnya tak jadi. Reality is, ada syaitan yang menghasut kita. Setiap kali kita berniat dan fikir nak buat perkara baik, syaitan berkobar-kobar nak hancurkan niat kita itu. Yang akhirnya niat kita itu jadi niat tak sudah... Oleh itu, kita kalau nak berhijrah kata orang lah kan. Makna kat

Suatu ketika...

Image
Sebuah cerita.. Ali: Atuk, syaitan dari api kan? Atuk: Ye cu, kenapa? Ali: Syaitan akan masuk ke neraka juga kan? Atuk: Ye cu, kenapa ni? Ali: Kalau syaitan dari api, neraka pun api. Bila dia masuk ke dalam neraka nanti macam mana dia boleh rasa sakit? sebab api dengan api. Mustahil tuk. Atuk: Kamu dah jauh lari sebenarnya cu, kuasa Allah kita jangan nafikan. Ciptaan Allah pun jangan cu. Kita sebagai hambaNya kena bertakwa sahaja. bukan dengan memikirkan yang bukan dari akal kita. Sebab ilmu manusia hanya satu titis dari selautan. Ali: Tapi tuk, ali nak tahu..... Atuk: *Ambil batu, lalu dilontar kepada cucunya itu* Ali: Aduhh ! sakitlah tuk *Ali merengek kesakitan* Atuk: Ali, batu itu dari mana? Ali: Dari tanah lah tuk. Atuk: kalau macam tu manusia diciptakan dari mana? Ali: Daripada tanah jugak lah tuk. *Ali mengganguk keanehan* Atuk: Habis, kenapa kamu menjerit tadi? Ali: sebab sakitlah tuk, tanya pula dah. Atuk: Eh, bukan kamu kata manusia dari tanah juga ke? Tanah dengan tanah takk

Srikandi Hati

Image
Assalamualaikum wbt Leka dengan cinta dunia hingga lupa akan cinta utama terhadap sang Raja. Biasalah manusia, memang mudah lupa akan rahmat Allah. Inikan pula lupa akan hati budi manusia. Tak hairanlah mengapa hati manusia sekarang ini sentiasa bercelaru. Sebab sibuk dengan dunia yang alfa. Sebenarnya, kita hidup untuk mendapatkan rahmat, apa yang dimaksudkan dengan Rahmat? Okay, Rahmat ini sebenarnya Kasih Sayang. Tapi kasih sayang siapa? ye betul, kasih sayang Allah. Maksudnya? Sebagai contoh yang mudah, ada seorang lelaki atau perempuan yang kita suka. Bukan suka saja, tapi sangat-sangat suka. Boleh dikatakan cinta, kita suka dan cinta akan dia. Tapi, ada kemungkinan ke dia suka dan cintakan kita juga? Jadi, kita perlulah "claim" cinta dan kasih sayang dia untuk kita betul tak? Sebab itu memang apa yang kita nak.... nak dipendekkan cerita. Kita pun dapatlah apa yang kita impikan dengan dia... dan blah blah. Hahaha, maafkan ana. Sama juga Allah, kita hidup, kita kerj

Kenali Syiah laknatullah

Apa itu Syiah ? Penuh news feed kita pasal syiah kan ? Dan kita masih berdiam diri . Masih tak mahu ambil tahu . Masih leka dengan teduhan kasih dan sebenarnya saya isteri dia . Masih terbuai bermesej dengan pakwe/makwe . Masih rasa tiada kena mengena dengan kita . Masih lagha dengan hiburan nyanyian , menari dan bergelak ketawa . MARI kita ambil tahu sedikit sebanyak pasal Syiah ni . Jangan risau , baca secara santai , InsyaAllah tak sampai 15 minit . Sekurangnya kita ada gambaran apa itu Syiah . Let's check it out . Eh! ------------------------------ ------------------------------ ------------- Apa itu Syiah ? Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak . Akidah yang bertentangan dengan Sunni . Syiah itu bermaksud penolong/pembantu . Siapa Abdullah Bin Sabak ni ? Dia adalah seorang Yahudi . Dia berasal dari Yaman . Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan , kepentingan politik . Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan , S

Kata Hikmah (Random)

Assalamualaikum, post ini saya nak kongsi sikit tentang kata-kata hikmah yang saya pilih secara random (bahang rambang). Saya rasa ia amat sesuai untuk dikongsi bersama :) 1. Pada suatu hari dan suatu ketika, kita terlihat kemungkaran yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Kita tak mampu nak tegur sebab kita takut sesuatu akan berlaku, kita juga tak mampu nak cegah sebab kita tak berdaya. Tapi, tak ada cara lain ke? Ye ada, cukuplah sekadar kita membenci dan menjauhi perbuatan dia. 2. Pemergianku suatu hari nanti tidak dirancang olehku, oleh itu aku harus tekad untuk mengumpul amal ibadat sebanyak yang boleh sebagai bekalan hidup di akhirat nanti. (Tersirat) 3. "Sekiranya ada wanita melalui dihadapanmu, maka rendahkanlah pandanganmu (tunduk) sehingga dia melepasimu"- Rasulullah saw (Sollu alan nabiy) Allahumma solli ala sayyidina Muhammad, waala alihi wasabihi wasaliim. 4. "Wala taqrabu zina"- Janganlah kamu menghampiri zina. Tak zina lagi tu, menghampiri

Setahun

Image
Assalamualaikum, Semalam, 3 haribulan Jun 2013 telah pun masuk setahun kematian Allahyarhamah Yasmin binti Johan atau pun lebih dikenali sebagai Yasmin J Hunwick. Subhanallah,    "daripada Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali." Masih tak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya mula-mula mengetahui berita kematian allahyarhamah, jalan arwah menuju Ilahi begitu menyedihkan. Rasanya tak perlulah saya beritahu anda semua itu. Bissmillahirahmanirahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Washshalatu wasssalamu ala asyrafil Anbiya’ wal Mursalin wa ala alihi wa shahbihi ajma’in. Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad, ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa arwah, dosa-dosa kedua ibubapanya dan juga dosa-dosa kedua ibubapa kami, Kau haramkanlah baginya nerakaMu, Kau masukkanlah arwah kedalam syurgaMu, Kau te

Insan yang bergelar Ibu

Image
Assalamualaikum wbt Ibu.. Dalam Islam ibu merupakan orang yang ketiga Rasullulah sebut di mana yang telah di nyatakan dalam hadis riwayat Abu Hurairah Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.” Jadi, sejahat mana pun ibu kita, sebodoh mana pun dia, Ibu dan dia lah yang telah melahirkan kita di dunia ini. Tanpa Ibu siapalah kita kan ? Hargailah ibu anda sebelum mereka pergi. Kerana waktu dulu pun Rasulullah tiada ibu, kerana baginda hanya ada ibu susuan sahaja. Kerana ibu merupakan orang yang paling kental semangatnya, dengan begitu sanggupan nya menahan keperitan ketika melahirkan kita.