Posts

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

Pernah tak kita tertanya kepada diri kita sendiri, kenapa selama ini aku jahat sangat? Perintah Allah aku tak endahkan, sunnah rasulullah saw aku tak amalkan dan kata-kata ibubapa aku abaikan... kenapa semua itu berlaku sebenarnya? Memang terdetik dalam hati aku nak berubah sangat-sangat, taknak dah buat orang lain tak suka dengan sikap aku ni. Tapi bila? bila masanya yang sesuai? Hari ni aku tak solat, dalam hati terdetik serangkai kata "Takpe, esok aku solat cukup laa" tapi hakikatnya tak juga dibuat. Mengapa hati kata lain tapi amalnya buat lain? Itulah masalah kita sebenarnya, mungkin bila kita fikir kita nak berubah jadi baik kita akan jadi baik, tapi hakikatnya tak jadi. Reality is, ada syaitan yang menghasut kita. Setiap kali kita berniat dan fikir nak buat perkara baik, syaitan berkobar-kobar nak hancurkan niat kita itu. Yang akhirnya niat kita itu jadi niat yang tak sudah... Oleh itu, kita kalau nak berhijrah kata orang lah kan. Makna kata, nak buang yang keruh da

DIPENJARA SEINDAH BICARA

     “Bicara adalah merupakan kemampuan untuk mengucapkan bunyi-bunyi artikulasi atau kata-kata untuk mengekspresikan, menyatakan serta menyampaikan segala apa yang ada di fikiran (idea), gagasan, dan perasaan yang dirasa di dalam hati” (Tarigan, 2008). Demikian merupakan definisi yang boleh dikira cukup lengkap bagi kita untuk memahami dengan mudah, bahawa seseorang anak adam itu tidak akan berbicara melainkan ada tujuannya; baik untuk mengatakan sesuatu yang ada di fikirannya, atau mungkin menyatakan apa yang dirasakan dalam dadanya, seperti cinta seorang lelaki kepada seseorang perempuan yang disukai, tampaknya begitulah. Bicara, mengekspresikan kata-kata beserta nada suara mengikut bait yang sedia ada, semua orang mampu berbuat demikian kerana itulah antara kurnia Tuhan kepada hambaNya. Ada yang berbicara dan bicaranya itu mampu melepaskan dirinya daripada sesuatu hal, manakala ada sesetengah yang lain berbicara dan bicaranya itu mampu memenjarakan diri mereka di dalam penjara

Merenung untuk menanam Syukur

Kenangan lama biarlah aku simpan untuk dibuat tatapan semasa aku sudah mula merindui. Kenangan lama itu biarlah aku kunci sahaja dalam benak fikiran dan kotak memori aku, aku tidak akan mula mengenang walau ia menyimpan seribu satu kebahagiaan ataupun kedukaan, jikalau diingat pasti perit tikaman masa lalu dirasa. Lebih perit daripada kulit dada dicarik-carik. Mungkin? Kata orang, masa lalu atau kenangan silam ibarat cermin sisi sesebuah kenderaan. Cermin sisi terbaik jika hanya dipandang sepintas lalu untuk keselamatan pemandu, namun akan menjadi keburukan dan padah jika dipandang terlampau lama hingga mengabaikan pandangan hadapan. Begitulah juga kehidupan, masa yang lampau bukanlah bagiku ia buruk seburuk selamanya, ia boleh menjadi baik jika kita hanya merenung akan ia bertujuan untuk keselamatan kita pada hari berikutnya. Tapi, sebagaimana cermin sisi itu tadi, kenangan yang dulu jika direnung, ditatap, diingat-ingatkan terlampau lama ia boleh mengundang parah dan padah kepad

Jangan Mengalah

Salah satu kesilapan besar yang telah kita buat hingga hilangnya nikmat 'berjuang' adalah membanding-bandingkan ujian yang kita terima dengan ujian orang lain. Sakitnya 'medan peperangan' yang kita rasai hari ini mungkin tidak dirasai oleh orang lain, mungkin juga mereka tidak memahami. Mereka pernah merasai atau tidak, memahami keadaan kita dari awal hingga akhir atau tidak, itu bukan alasan untuk kita memperlekeh-lekehkan ujian kita dengan dengan ujian orang lain. Mengapa p erlu merasa besarnya ujian yang Allah turunkan kepada kita, hingga tidak terasa nikmat ujian itu? Bukankah hadirnya sesuatu ujian itu untuk menguatkan? Fitrahnya, alaminya begitu. Bukannya kita tidak mampu, kita cuma belum temui kekuatan kita yang sebenar atau belum kenal setakat mana kekuatan kita. Sentiasa bersangka baiklah kepada Tuhan. Kerana kehidupan itu sendiri tidak akan hidup (ada) melainkan dimulakan dengan 'tangisan'. Kata mudah: "Sungguh, bersama kesulitan itu ada k

Mung tahu doh...

Image
Dengan nama Allah lalu aku nukilkan. Duduk seorang diri selalu duk pikir apa benda aku tengah buat sekarang ni... Haih macam takde hala tuju dan matlamat dah. Duk pikiaq lagi, apa benda la aku nak jadi in next 5 and 10 years from now... Selalu persoalkan benda2 macam ni. Rasa membazir masa pun ada. Rasa memperbodohkan diri pun ada. Actually, ekceli... Benda yang kita buat tu sebenarnya berdasarkan pilihan kita juga... Takkan la kita buat sesuatu melainkan kita tak pilih ye dak! Nak order air pun kena pilih, dalam banyak2 jenis air, air buah air teh air milo, kau pilih ais kosong. Tu namanya pilih. So, jangan kau tanya lagi kenapa kau sedang berada dalam keadaan itu dan keadaan ini... Apa yang penting, kau teruskan je hidup kau tu. Selagi mana ia tak memberi keburukan, teruskan berada dalam kebaikan! Walau kau tak suka, walau kau rasa kau tak mampu hadap. Percayalah, kau belum kenal lagi kekuatan sebenar kau! Kemong, tunjukkan kekuatan sebenar kau!  Jangan lupa juga, apa yang kau teng

Buat aku terfikir

Assalamualaikum.      Jauh disudut kata hati aku, aku pernah terfikir.... jap fikir itu pada akal kan? bukan pada hati betul tak? err, sebenarnya pada buah fikiran lah (otak/akal) aku terfikir, kenapa Allah beri sesuatu yang tidak pernah aku minta? kenapa Allah jadikan sesuatu perkara bukan pada waktu yang aku inginkan? dan kenapa Allah beri ujian yang sedih, berat, dukacita, kesusahan, keperitan dan sebagainya saat aku sedang berbahagia? aku terfikir, mungkin Allah jadikan ini semua bersebab, ya bersebab! tapi apa yang aku fikirkan tu? aku fikirkan apakah sebabnya...      Aku terfikir, apakah asbabnya Allah jadikan semua itu? Maha Suci Allah yang Mengetahui segalanya samada dalam pengetahuan atau diluar pengetahuan kita. Kenapa Allah berikan sesuatu perkara padahal aku tidak pernah pun minta? Mungkin Allah nak tunjuk bahawa ada sesuatu yang lebih baik daripada benda yang aku minta? mungkin perkara atau benda yang aku minta itu buruk bagi aku. Aku tak tahu, tapi Allah tahu. Contoh

Maluku Hatiku.

Image
assalamualaikum wbt "Allah sahaja yang menjadikan yang mungkin dan mentiadakan yang mungkin" - Tuan Guru Ustaz Razak Apa yang dimaksudkan oleh ustaz Razak tu? maksudnya, dalam dunia ini, dalam alam ini, hanya Allah sahaja yang ada kuasa untuk "mewujudkan" sesuatu dan "mentiadakan (mematikan/memusnahkan)" Sama juga dengan jodoh, semua jodoh kita boleh dikatakan telah ditetapkan oleh Allah sejak kita berusia 4bulan dalam kandungan, masa itulah Allah meniupkan roh kita. Menulis sama ada hidup kita akan senang atau celaka, miskin atau kaya, dan qada' dan qadar kita pun turut ditulis ketika itu. But, saya taknak berhurai atau bermadah tentang itu. Saya nak bermadah tentang ikatan ukhuwwah atau remaja sekarang lebih gemar memanggilnya "CINTA". Cinta adalah sesautu fitrah manusia yang tidak dapat kita ungkapkan dengan kemanisan bahasa. Tetapi, ia dapat diungkapkan dengan rasa dan kehadirannya dalam hati serta jiwa seseorang.