Posts

Showing posts from November, 2013

Kepulan Awan Di Langit

Image
Assalamualaikum wbt      Sedihnya hati bila aku tengok perempuan zaman sekarang, bukan nak dikata jahat. Tapi, hakikatnya mereka masih lagi jahil dengan selok belok agama. Ada istilah yang mengatakan " Akan ada perempuan yang memakai baju tapi telanjang ". Sekarang kita dah boleh nampak dah, setiap kali aku keluar rumah mesti jumpa punya. Ada yang bertudung tapi tudungnya singkat dan jarang, ada yang memakai baju tapi lengan bajunya pendek dan ketat, ada yang memakai seluar tapi seluarnya ketat (skinny jeans).      Aku tak tahu apa masalah mereka, aku cuma nak tekankan pendirian mereka. Apa mereka ini tak ada maruah kah? atau mereka sengaja untuk menjatuhkan maruah mereka sendiri? Wallahualam. Tapi yang penting, aku, kau, kita semua ada tanggunjawab masing-masing iaitu menegur kesalahan mereka. Walaupun kita sendiri tak sempurna, tak apalah. Anggap sahaja teguran yang kita beri pada mereka itu juga untuk kita sendiri. Jangan takut, Islam tak halang orang yang nak berubah.

Mengapa?

Image
Assalamualaikum wbt      Pernah tak kita tertanya kepada diri kita sendiri, kenapa selama ini aku jahat sangat? Perintah Allah aku tak endahkan, sunnah rasulullah saw aku tak amalkan dan kata-kata ibubapa aku abaikan... kenapa semua itu berlaku sebenarnya? Memang terdetik dalam hati aku nak berubah sangat-sangat, taknak dah buat orang lain tak suka dengan sikap aku ni. Tapi bila? bila masanya yang sesuai? Hari ni aku tak solat, dalam hati terdetik serangkai kata "Takpe, esok aku solat cukup laa" tapi hakikatnya tak juga dibuat...      Mengapa hati kata lain tapi badan buat lain? Itulah masalah kita sebenarnya, mungkin bila kita fikir kita nak berubah jadi baik kita akan jadi baik, tapi hakikatnya tak jadi. Reality is, ada syaitan yang menghasut kita. Setiap kali kita berniat dan fikir nak buat perkara baik, syaitan berkobar-kobar nak hancurkan niat kita itu. Yang akhirnya niat kita itu jadi niat tak sudah... Oleh itu, kita kalau nak berhijrah kata orang lah kan. Makna kat

Suatu ketika...

Image
Sebuah cerita.. Ali: Atuk, syaitan dari api kan? Atuk: Ye cu, kenapa? Ali: Syaitan akan masuk ke neraka juga kan? Atuk: Ye cu, kenapa ni? Ali: Kalau syaitan dari api, neraka pun api. Bila dia masuk ke dalam neraka nanti macam mana dia boleh rasa sakit? sebab api dengan api. Mustahil tuk. Atuk: Kamu dah jauh lari sebenarnya cu, kuasa Allah kita jangan nafikan. Ciptaan Allah pun jangan cu. Kita sebagai hambaNya kena bertakwa sahaja. bukan dengan memikirkan yang bukan dari akal kita. Sebab ilmu manusia hanya satu titis dari selautan. Ali: Tapi tuk, ali nak tahu..... Atuk: *Ambil batu, lalu dilontar kepada cucunya itu* Ali: Aduhh ! sakitlah tuk *Ali merengek kesakitan* Atuk: Ali, batu itu dari mana? Ali: Dari tanah lah tuk. Atuk: kalau macam tu manusia diciptakan dari mana? Ali: Daripada tanah jugak lah tuk. *Ali mengganguk keanehan* Atuk: Habis, kenapa kamu menjerit tadi? Ali: sebab sakitlah tuk, tanya pula dah. Atuk: Eh, bukan kamu kata manusia dari tanah juga ke? Tanah dengan tanah takk

Srikandi Hati

Image
Assalamualaikum wbt Leka dengan cinta dunia hingga lupa akan cinta utama terhadap sang Raja. Biasalah manusia, memang mudah lupa akan rahmat Allah. Inikan pula lupa akan hati budi manusia. Tak hairanlah mengapa hati manusia sekarang ini sentiasa bercelaru. Sebab sibuk dengan dunia yang alfa. Sebenarnya, kita hidup untuk mendapatkan rahmat, apa yang dimaksudkan dengan Rahmat? Okay, Rahmat ini sebenarnya Kasih Sayang. Tapi kasih sayang siapa? ye betul, kasih sayang Allah. Maksudnya? Sebagai contoh yang mudah, ada seorang lelaki atau perempuan yang kita suka. Bukan suka saja, tapi sangat-sangat suka. Boleh dikatakan cinta, kita suka dan cinta akan dia. Tapi, ada kemungkinan ke dia suka dan cintakan kita juga? Jadi, kita perlulah "claim" cinta dan kasih sayang dia untuk kita betul tak? Sebab itu memang apa yang kita nak.... nak dipendekkan cerita. Kita pun dapatlah apa yang kita impikan dengan dia... dan blah blah. Hahaha, maafkan ana. Sama juga Allah, kita hidup, kita kerj