Posts

Showing posts from November 19, 2013

Suatu ketika...

Image
Sebuah cerita.. Ali: Atuk, syaitan dari api kan? Atuk: Ye cu, kenapa? Ali: Syaitan akan masuk ke neraka juga kan? Atuk: Ye cu, kenapa ni? Ali: Kalau syaitan dari api, neraka pun api. Bila dia masuk ke dalam neraka nanti macam mana dia boleh rasa sakit? sebab api dengan api. Mustahil tuk. Atuk: Kamu dah jauh lari sebenarnya cu, kuasa Allah kita jangan nafikan. Ciptaan Allah pun jangan cu. Kita sebagai hambaNya kena bertakwa sahaja. bukan dengan memikirkan yang bukan dari akal kita. Sebab ilmu manusia hanya satu titis dari selautan. Ali: Tapi tuk, ali nak tahu..... Atuk: *Ambil batu, lalu dilontar kepada cucunya itu* Ali: Aduhh ! sakitlah tuk *Ali merengek kesakitan* Atuk: Ali, batu itu dari mana? Ali: Dari tanah lah tuk. Atuk: kalau macam tu manusia diciptakan dari mana? Ali: Daripada tanah jugak lah tuk. *Ali mengganguk keanehan* Atuk: Habis, kenapa kamu menjerit tadi? Ali: sebab sakitlah tuk, tanya pula dah. Atuk: Eh, bukan kamu kata manusia dari tanah juga ke? Tanah dengan tanah takk