Posts

Showing posts from November 5, 2015

Buat aku terfikir

Assalamualaikum.      Jauh disudut kata hati aku, aku pernah terfikir.... jap fikir itu pada akal kan? bukan pada hati betul tak? err, sebenarnya pada buah fikiran lah (otak/akal) aku terfikir, kenapa Allah beri sesuatu yang tidak pernah aku minta? kenapa Allah jadikan sesuatu perkara bukan pada waktu yang aku inginkan? dan kenapa Allah beri ujian yang sedih, berat, dukacita, kesusahan, keperitan dan sebagainya saat aku sedang berbahagia? aku terfikir, mungkin Allah jadikan ini semua bersebab, ya bersebab! tapi apa yang aku fikirkan tu? aku fikirkan apakah sebabnya...      Aku terfikir, apakah asbabnya Allah jadikan semua itu? Maha Suci Allah yang Mengetahui segalanya samada dalam pengetahuan atau diluar pengetahuan kita. Kenapa Allah berikan sesuatu perkara padahal aku tidak pernah pun minta? Mungkin Allah nak tunjuk bahawa ada sesuatu yang lebih baik daripada benda yang aku minta? mungkin perkara atau benda yang aku minta itu buruk bagi aku. Aku tak tahu, tapi Allah tahu. Contoh