Posts

Showing posts from November 30, 2013

Kepulan Awan Di Langit

Image
Assalamualaikum wbt      Sedihnya hati bila aku tengok perempuan zaman sekarang, bukan nak dikata jahat. Tapi, hakikatnya mereka masih lagi jahil dengan selok belok agama. Ada istilah yang mengatakan " Akan ada perempuan yang memakai baju tapi telanjang ". Sekarang kita dah boleh nampak dah, setiap kali aku keluar rumah mesti jumpa punya. Ada yang bertudung tapi tudungnya singkat dan jarang, ada yang memakai baju tapi lengan bajunya pendek dan ketat, ada yang memakai seluar tapi seluarnya ketat (skinny jeans).      Aku tak tahu apa masalah mereka, aku cuma nak tekankan pendirian mereka. Apa mereka ini tak ada maruah kah? atau mereka sengaja untuk menjatuhkan maruah mereka sendiri? Wallahualam. Tapi yang penting, aku, kau, kita semua ada tanggunjawab masing-masing iaitu menegur kesalahan mereka. Walaupun kita sendiri tak sempurna, tak apalah. Anggap sahaja teguran yang kita beri pada mereka itu juga untuk kita sendiri. Jangan takut, Islam tak halang orang yang nak berubah.