Posts

Showing posts from February 16, 2017

Merenung untuk menanam Syukur

Kenangan lama biarlah aku simpan untuk dibuat tatapan semasa aku sudah mula merindui. Kenangan lama itu biarlah aku kunci sahaja dalam benak fikiran dan kotak memori aku, aku tidak akan mula mengenang walau ia menyimpan seribu satu kebahagiaan ataupun kedukaan, jikalau diingat pasti perit tikaman masa lalu dirasa. Lebih perit daripada kulit dada dicarik-carik. Mungkin? Kata orang, masa lalu atau kenangan silam ibarat cermin sisi sesebuah kenderaan. Cermin sisi terbaik jika hanya dipandang sepintas lalu untuk keselamatan pemandu, namun akan menjadi keburukan dan padah jika dipandang terlampau lama hingga mengabaikan pandangan hadapan. Begitulah juga kehidupan, masa yang lampau bukanlah bagiku ia buruk seburuk selamanya, ia boleh menjadi baik jika kita hanya merenung akan ia bertujuan untuk keselamatan kita pada hari berikutnya. Tapi, sebagaimana cermin sisi itu tadi, kenangan yang dulu jika direnung, ditatap, diingat-ingatkan terlampau lama ia boleh mengundang parah dan padah kepad