Posts

Showing posts from February, 2017

DIPENJARA SEINDAH BICARA

     “Bicara adalah merupakan kemampuan untuk mengucapkan bunyi-bunyi artikulasi atau kata-kata untuk mengekspresikan, menyatakan serta menyampaikan segala apa yang ada di fikiran (idea), gagasan, dan perasaan yang dirasa di dalam hati” (Tarigan, 2008). Demikian merupakan definisi yang boleh dikira cukup lengkap bagi kita untuk memahami dengan mudah, bahawa seseorang anak adam itu tidak akan berbicara melainkan ada tujuannya; baik untuk mengatakan sesuatu yang ada di fikirannya, atau mungkin menyatakan apa yang dirasakan dalam dadanya, seperti cinta seorang lelaki kepada seseorang perempuan yang disukai, tampaknya begitulah. Bicara, mengekspresikan kata-kata beserta nada suara mengikut bait yang sedia ada, semua orang mampu berbuat demikian kerana itulah antara kurnia Tuhan kepada hambaNya. Ada yang berbicara dan bicaranya itu mampu melepaskan dirinya daripada sesuatu hal, manakala ada sesetengah yang lain berbicara dan bicaranya itu mampu memenjarakan diri mereka di dalam penjara

Merenung untuk menanam Syukur

Kenangan lama biarlah aku simpan untuk dibuat tatapan semasa aku sudah mula merindui. Kenangan lama itu biarlah aku kunci sahaja dalam benak fikiran dan kotak memori aku, aku tidak akan mula mengenang walau ia menyimpan seribu satu kebahagiaan ataupun kedukaan, jikalau diingat pasti perit tikaman masa lalu dirasa. Lebih perit daripada kulit dada dicarik-carik. Mungkin? Kata orang, masa lalu atau kenangan silam ibarat cermin sisi sesebuah kenderaan. Cermin sisi terbaik jika hanya dipandang sepintas lalu untuk keselamatan pemandu, namun akan menjadi keburukan dan padah jika dipandang terlampau lama hingga mengabaikan pandangan hadapan. Begitulah juga kehidupan, masa yang lampau bukanlah bagiku ia buruk seburuk selamanya, ia boleh menjadi baik jika kita hanya merenung akan ia bertujuan untuk keselamatan kita pada hari berikutnya. Tapi, sebagaimana cermin sisi itu tadi, kenangan yang dulu jika direnung, ditatap, diingat-ingatkan terlampau lama ia boleh mengundang parah dan padah kepad