Kepulan Awan Di Langit

Assalamualaikum wbt

     Sedihnya hati bila aku tengok perempuan zaman sekarang, bukan nak dikata jahat. Tapi, hakikatnya mereka masih lagi jahil dengan selok belok agama. Ada istilah yang mengatakan "Akan ada perempuan yang memakai baju tapi telanjang". Sekarang kita dah boleh nampak dah, setiap kali aku keluar rumah mesti jumpa punya. Ada yang bertudung tapi tudungnya singkat dan jarang, ada yang memakai baju tapi lengan bajunya pendek dan ketat, ada yang memakai seluar tapi seluarnya ketat (skinny jeans).

     Aku tak tahu apa masalah mereka, aku cuma nak tekankan pendirian mereka. Apa mereka ini tak ada maruah kah? atau mereka sengaja untuk menjatuhkan maruah mereka sendiri? Wallahualam. Tapi yang penting, aku, kau, kita semua ada tanggunjawab masing-masing iaitu menegur kesalahan mereka. Walaupun kita sendiri tak sempurna, tak apalah. Anggap sahaja teguran yang kita beri pada mereka itu juga untuk kita sendiri. Jangan takut, Islam tak halang orang yang nak berubah. Dan Islam juga tak larang orang yang tak sempurna turut berdakwah...

     Kalau kita tegur orang sebab mereka salah, dan mereka melenting. Susah lah macam ni, nak tegur orang pun tak boleh, takkan nak tegur orang baru diri kita sempurna kot. Ada satu istilah yang aku dengar "Tak semua manusia itu sempurna" jadi, aku, kau dia, kami, kita dan mereka semuanya tak sempurna kan? Sebab itu kita perlukan nasihat antara satu sama lain. Bila kau salah aku tegur, bila aku salah kau pun tegur. Sama-sama nasihat dan tegur. Ini tak, orang nak nasihat sikit dah nak marah. Masalah utama orang Islam sekarang, susahnya hati nak terima teguran kan? 

     Konklusinya, jagalah aurat kita ye :) hehe

(Gambar perhiasan)

Comments

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA