Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

Pernah tak kita tertanya kepada diri kita sendiri, kenapa selama ini aku jahat sangat? Perintah Allah aku tak endahkan, sunnah rasulullah saw aku tak amalkan dan kata-kata ibubapa aku abaikan... kenapa semua itu berlaku sebenarnya? Memang terdetik dalam hati aku nak berubah sangat-sangat, taknak dah buat orang lain tak suka dengan sikap aku ni. Tapi bila? bila masanya yang sesuai? Hari ni aku tak solat, dalam hati terdetik serangkai kata "Takpe, esok aku solat cukup laa" tapi hakikatnya tak juga dibuat.
Mengapa hati kata lain tapi amalnya buat lain? Itulah masalah kita sebenarnya, mungkin bila kita fikir kita nak berubah jadi baik kita akan jadi baik, tapi hakikatnya tak jadi. Reality is, ada syaitan yang menghasut kita. Setiap kali kita berniat dan fikir nak buat perkara baik, syaitan berkobar-kobar nak hancurkan niat kita itu. Yang akhirnya niat kita itu jadi niat yang tak sudah... Oleh itu, kita kalau nak berhijrah kata orang lah kan. Makna kata, nak buang yang keruh dan ambil yang jernih. Taknak dah jadi jahat, nak jadi baik pula. Kita kena berdoa pada Allah, agar dipermudahkan segala urusan kita itu.
 Kalau nak bermula, mula dengan HATI dulu. Kita sucikan hati kita dengan solat taubat dan sebagainya. Lepas pada itu, tukar penampilan kita pula. Daripada freehair kepada bertudung, daripada skinny jeans kepada kain. Daripada tak tutup aurat kepada yang tutup aurat. Bila dah penampilan bagus, baru lah seiring dengan hati. Kalau penampilan bagus tapi hati kotor? macam mana agaknya tu?... Kita lah kan, kita laa awak, saya, aku, kau, kami, mereka, you, I or whatsoever lah. Apa-apa saja perkara yang kita nak buat. Kena niat kerana Allah dulu... Sebab apa? Sebab kita hidup kerana Allah. Dan hanya kepada Allah jualah kita akan dikembalikan. Dan Allah yang hidupkan kita setelah kita mati(tidur).
Bagaimana dengan perbuatan yang tidak diniatkan kerana Allah? Perbuatan itu adalah perbuatan yang sia-sia... memang dapat untung, tapi untung didunia sahaja, akhirat melepasssss sudah broo~. Hahaha. Jadi, konklusinya. Hidup ini kenalah berlandaskan iman yang terbentuk dalam hati, barulah hidup kita bahagia, sebab bahagia boleh datang dalam pelbagai cara dan dimana-mana sahaja. Kuatkan hati, kuatkan iman dan hiraukan pandangan orang.

“Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Ramai manusia yang karam di dalamnya. Jika kau mahu selamat dari karam, layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama takwa, isinya iman, dan layarnya; tawakal kepada Allah”- Luqman al Hakim

Comments

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

DIPENJARA SEINDAH BICARA