Buat aku terfikir

Assalamualaikum.

     Jauh disudut kata hati aku, aku pernah terfikir.... jap fikir itu pada akal kan? bukan pada hati betul tak? err, sebenarnya pada buah fikiran lah (otak/akal) aku terfikir, kenapa Allah beri sesuatu yang tidak pernah aku minta? kenapa Allah jadikan sesuatu perkara bukan pada waktu yang aku inginkan? dan kenapa Allah beri ujian yang sedih, berat, dukacita, kesusahan, keperitan dan sebagainya saat aku
sedang berbahagia? aku terfikir, mungkin Allah jadikan ini semua bersebab, ya bersebab! tapi apa yang aku fikirkan tu? aku fikirkan apakah sebabnya...

     Aku terfikir, apakah asbabnya Allah jadikan semua itu? Maha Suci Allah yang Mengetahui segalanya samada dalam pengetahuan atau diluar pengetahuan kita. Kenapa Allah berikan sesuatu perkara padahal aku tidak pernah pun minta? Mungkin Allah nak tunjuk bahawa ada sesuatu yang lebih baik daripada benda yang aku minta? mungkin perkara atau benda yang aku minta itu buruk bagi aku. Aku tak tahu, tapi Allah tahu. Contoh mudah? Allah kirimkan sesuatu perkara yang tidak pernah aku minta selama ini dan hari ini aku bersyukur dengan pemberiannya. Apa dia? iaitu nikmat Islam, aku tidak pernah minta pun Islam hadir. Tapi, Allah berikan Islam kepada aku tatkala aku tidak memintanya dan semoga Allah kurniakan aku syurga tatkala aku memintanya. Ada ibrah yang aku peroleh daripada hal ini, iaitu aku kena sentiasa bersyukur dengan segala apa pemberianNya. Sebab boleh jadi aku suka sesuatu perkara itu padahal ia buruk bagiku, dan boleh jadi aku benci sesuatu perkara itu padahal ia amat baik bagiku.

     Perihal kedua, mengapa Allah jadikan atau hadirkan sesuatu perkara bukan pada waktu yang aku inginkan? hmmm, ini merupakan suatu persoalan yang sukar untuk dijawab bahkan diri aku sendiri pun tidak tahu apakah jenis persoalan ini... namun, ada suatu perkara yang aku rasa sangat berkait dengan hal tersebut. Begini kisahnya, dulu pada suatu ketika sebelum aku melanjutkan pembelajaran aku ke IPT. Selepas result SPM aku menunggu mana-mana IPT untuk menawarkan aku masuk sambung belajar, harapan aku itu lebih cenderung kepada IPTA dan bukannya IPTS sebab aku fikir IPTA ini kemudahannya lebih banyak, bahkan yuran untuk pengajian pun murah. Paling kurang boleh lah aku kurangkan beban keluarga aku...selepas mengisi borang online di UPU, aku isi masa yang terluang dan berbaki dengan bekerja sebagai cleaner di sebuah hospital... tut tut tut tiba waktunya result UPU keluar, dan telah ditakdirkan aku tidak dapat mana-mana kemasukan ke IPTA. Perasaan waktu itu tidak dapat digambarkan, rasa kecewa dan sedih. Kenapa nak sedih? mestilah sedih dan kecewa sebab waktu itu hampir semua kawan seperjuangan engkau dapat sambung belajar ke IPTA. Aku? mereput.... Hah, waktu itu aku cubalah pujuk diri, kena pandailah pujuk diri sebab kalau tak siapa lagi nak pujuk kan? dan akhirnya, aku sambung belajar masuk tingkatan 6, tapi aku di tingkatan 6 tak lama, sempat beberapa bulan je. tut tut tut pula aku berhenti tingkatan 6 dan menerima tawaran belajar ke Institut Profesional BaitulMal (IPB) dalam bidang Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DPHU). Aku bincang dengan keluarga mengenainya, dan mereka pun setuju sebab DPHU merupakan jurusan yang pertama di Malaysia bahkan di dunia.

     Tapi..... ye ada tapinya... aku merasa seperti 50/50, nak pergi ke tak, nak pergi ke tak, soalan ini bermain-main difikiran. Sebab apa? Sebab, IPB ni dah lah swasta, yuran pun mahal, kerja belum tentu dijamin. Aku menyoal soalan yang tidak sepatutnya aku soal pada diri sendiri. Sebelum masuk ke IPB, aku pernah tanya seorang kawan aku. Dia sekarang senior aku lah, lebih satu sem. Hahaha, aku tanya "Weh, kalau aku masuk IPB, aku dijamin apa-apa tak lepas habis belajar nanti?" "Ya, insya Allah dijamin, kau boleh sambung belajar lagi tapi dalam jurusan lain la sebab DPHU ni hanya di peringkat diploma, kalau nak sambung degree pun mungkin dalam jurusan yang lain" "Dahtu, kerja boleh kerja kat mana je nanti?" "Jat, belajar dimana-mana pun susah, hal kemudian kau jangan fikir lagi, sebab itu adalah urusan Allah. Kalau kau yakin kat Allah, kau takkan tanya soalan macam ni. Soal kerja dapat ke tak, gaji besar ke tak, itu semua kerja Allah, sebab yang beri tetap Allah. Berapa ramai orang yang bijak pandai kelulusan universiti-universiti yang terkemuka tapi akhirnya menganggur dan bekerja bukan dalam jurusan mereka? Yakinlah pada Allah, yang penting kau belajar je dulu. Sebab rezeki itu rahsia Allah, dan dialah yang memberi kepada hambaNya".... Apabila baca ayat dia ni aku agak sentap.... lebih kurang begitulah ayatnya, mungkin dia dah lupa. Akhirnya aku terasa bagaikan ada sesuatu yang membangunkan aku daripada sebuah khayalan, aku sedar bahawa rezeki itu Allah yang beri, yang pasti kita kena letakkan keyakinan yang penuh kepadaNya barulah kita tak mudah berputus harap dan akhirnya juga kita akan merasa bahagia. Sebab segala kebergantungan hidup kita telah serahkan kepada Allah. Dan selepas itu apa? aku pun masuklah IPB sampai sekarang. hehe

     Berkait persoalan tadi, mengapa Allah tidak hadirkan sesuatu perkara itu bukan pada waktu yang aku inginkan? sepertimana aku ingin sambung belajar sebaik sahaja keluar result UPU seperti kawan-kawan lain... rupa-rupanya ada hikmah kenapa Allah hadirkan sesuatu itu sedikit lewat, sebenarnya bukan lewat tapi tepat pada waktunya. Kalaulah Allah izinkan aku sambung belajar awal, mungkin aku takkan bergiat aktif dalam aktiviti pengakap (memandangkan aku merupakan ahli aktif dalam pengakap) mungkin aku takkan pernah kenal pahit lelah mencari duit sebagaimana ibubapa aku rasa (sebab sebelum masuk belajar dulu aku bekerja sebagai cleaner di sebuah hospital) mungkin juga aku takkan pernah rasa seksanya bekerja sebagai cleaner sebab kebiasaannya orang yang bekerja sebagai cleaner ni akan kena caci maki, kena kutuk belakang dan dianggap umpama hamba abdi "Weh pergi cuci tandas sana!" "Ni kenapa lantai ada sampah ni, sapu elok-eloklah!" "sink ni kotor, tolong cuci sekarang" aku pun macam hamba dah "ye baik puan" "ye tuan, saya cuci sekarang" "maaf puan, saya lupa la" pernah juga kena, "mesti tak belajar tinggi ni, ni mesti budak takde masa depan ni" dan pelbagai lagi. Tapi Alhamdulillah pengalaman itu mematangkan. hahaha. Ye, aku bersyukur sekarang, ada hikmah mengapa Allah jadikan semua itu. Sekarang aku belajar di IPB, dan di IPB aku jumpa kawan-kawan yang baik, yang selalu tegur kesalahan aku. yang sentiasa ajak aku buat kebaikan.... Perasaan tidak dapat digambarkan apabila jumpa kawan-kawan disini, yang sentiasa kejut kau solat subuh "Ijat bangun jat, dah lewat ni, bangun solat subuh. kalau kau tinggal subuh, bermakna kau dah gagal sepanjang hari kau. bangun jat bangun" "weh, jom solat berjemaah" "jom solat sesama" "tunggu aku! aku nak amik wuduk jap, tunggu tau!!! kejap je" masya Allah, segala puji Allah di atas nikmat ini. Walaupun disini ada pelbagai masalah, tapi biasalah manusia takkan dapat lari daripada masalah. Lari dari suatu masalah, akan hadir masalah yang lain. Masalah takkan pernah hilang. But, the important thing is, how you handle your problems. SABAR! ISTIQOMAH! SYUKUR!

     Perihal ketiga dan terakhir, kenapa Allah hadirkan ujian yang sedih, dukacita, kesusahan dan keperitan saat aku sedang bahagia? ya persoalan ini selalu muncul tiap kali kalau aku rasa down, lemah semangat, sedih, kecewa dan rasa macam nak TEPIK !!!!! ARRGHHHHH! (menjerit, shout out all).. aku rasa bukan aku sorang je yang akan rasa macam ni. Aku rasa semua orang kot akan persoalkan persoalan macam ni. Tapi, cuba kita fikir balik..... kenapa ya? Kalau kita biasa baca dalam twitter, facebook, wechat, orang selalu akan post macam ni, Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan Dia tahu hambaNya itu mampu, ya sangat tepat! Allah takkan uji hambaNya melainkan Dia tahu hamba Dia kuat! Aku sering soal, aku ni lemah, tak mampu nak harungi ujian ni. Padahal aku sebenarnya masih tidak tahu kekuatan yang ada pada diri aku, sebab aku selalu alfa. Tapi kalau kita fikir lagi, kenapa Allah uji saat kita bahagia? Sebenarnya, Allah nak kita ingat Dia balik. Sebab biasa kalau akulah, bila dah bahagia sangat. mesti dah lupa dah dunia dan akhirat ni.... Tapi bila rasa susah sikit, baru meronta ronta tanya "Kenapa ya Allah?" "Aku tak mampu" "Berikanlah pertolongan kepada hambaMu ya Allah" Hah baru nak sedar, Ujian ni sebenarnya umpama ketukan atau jentikan yang padu pada dahi untuk mengejutkan kita daripada kelalaian. Terserah kepada kita mahu sedar atau tak, mahu ikut jalan asal atau tak. Ada orang diuji dengan kesusahan seperti kemiskinan dan kedaifan, tapi jangan lupa ada juga yang diuji dengan kesenangan seperti kemewahan, ilmu sama ada dia riak tak, atau diuji dengan cinta. Ya cinta, sambung kat bawah....

     Ya cinta, kenapa dengan cinta ye? bukan cinta tu bahagia dan ia kan datang daripada Tuhan. Cintakan fitrah, mana boleh halang cinta! ia ada pada setiap manusia la! Jangan kau persoalkan cinta aku! Aku tahu la nak handle cinta macam mana! TOKMUN, cinta yang kau gelar itu bukan sebenar-benar cinta... Eh yeke? Yelah, tu semua mainan syaitan. Kau tipu! Sebenarnya kau yang menipu diri kau sendiri! kau cuba menghalalkan perbuatan dan niat kau atas nama cinta! itu PENIPU namanya! hah marah! marah! marahlah!... Sebenarnya kan, aku biasa tengok perkara macam ni berlaku di sekeliling aku sendiri, ke mana saja aku pergi mesti adanya... Ingat, ada orang diuji atas nama CINTA dan akhirnya mereka dinodai dan akhirnya juga kelanjuran, eh? terlanjur, mereka kata cinta itu fitrah, ia hadir daripada sanubari hati seseorang manusia dengan sendirinya, pui. ya benar sekali, cinta itu fitrah, mana-mana manusia pun akan muncul rasa cinta. Tapi, cuba check balik "cinta" kau tu, kalau betul cinta kenapa nak ke arah benda yang haram? ingat juga, syaitan ni dah maju. Dia dah licik, tak macam dulu. Dia ikut peredaran zaman macam kita. Kalau dia tengok kita suka upload gambar, dia akan permainkan kita dengan gambar. Contoh? contohnya perempuan, daripada cantik elok berpakaian gambar okay, akhirnya tut tut upload gambar tak tutup aurat, selfie sana, selfie sini. Jadi, bila dia dah tahu kita ni jenis suka bab-bab cinta, dia uji kita dengan cinta! Hah amekaw, cinta sangat kita ni. Cinta Allah dulu la, sebab yang beri cinta itu Allah. Cintakan Allah sepenuhnya dulu, barulah Dia hadirkan cinta kepada hambaNya pula. Allah yang memiliki cinta. Umpamanya, kita pergi pada sebuah kedai nasi dagang sebab nak beli nasi dagang. Sebelah kita ada pelangan lain. Kita ambil satu bungkus, lalu kita minta dengan pelangan yang sama taraf dengan kita itu. Pada akalnya logikkah kita minta nasi itu daripada pelangan? Woi! minta dan belilah dengan tuan kedai! hah lebih kurang macam tu la...

     Berbalik kepada perihal ketiga dan terakhir, aku fikir, Allah tidak akan uji aku dengan sia sia. Melainkan Dia nak aku sedar atau beri aku pengajaran bahawa apabila aku sudah bahagia atau senang. Aku kena sentiasa ingat, bahagia dan senang yang aku dapat itu tidak akan berkekalan selamanya. Dia uji aku supaya aku ingat balik Siapakah yang beri bahagia tu. Kata orang "Ujian itu tanda sayang""Supaya kau tidak lupa siapa yang memberi bahagia" "Agar kau ingat dimana langit dijunjung dan dimana bumi di pijak". Begitu banyak ibrah yang aku dapat, antaranya kita jangan sesekali jadikan dengan mengingati Allah itu seperti ubat, ambil ubat apabila sakit je. Tapi, jadikanlah dengan mengingati Allah itu seperti makanan, yang diambil tiap-tiap masa... Masya Allah.

     Akhirnya, begitulah apa yang aku fikirkan. Mungkin ada yang rasa tidak dipersetujui dan mungkin ada yang disetujui. Biasalah, aku manusia sentiasa buat kesilapan. Dan aku juga manusia yang selalu lupa. Manusia mudah lupa, sedangkan defiisi manusia itu sendiri adalah pelupa! Sepanjang aku menaip ni kan, aku teringat satu benda atau satu ibrah yang penting dalam karangan mengarut ni iaitu "Kau jangan sesekali mempersoalkan urusan Allah"... ya padahal pada awal karangan aku pun aku mulakan dengan mempersoalkan.... ya Allah, aku hambaMu yang daif. Jadikanlah aku yang mencari cintaMu dahulu sebelum aku mencari cinta hambaMu. Jauhkanlah aku daripada apa yang melalaikan aku daripada terus mengingatiMu. Aaamiin ya rabbal al amin. Semoga menjadi wadah bersama.

   

Comments

  1. Assalamualaikum. Okay ke ambil diploma pengurusan haji dan umrah tu? Kawan2 yang ambil kursus sama dapat ke kerja dalam bidang yg berkaitan (haji dan umrah)?

    ReplyDelete
  2. Lepastu apa pengalaman kerja bidang haji dan umrah

    ReplyDelete

Post a Comment

Allahuakbar :D

Popular posts from this blog

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA