Suatu ketika...

Sebuah cerita..

Ali: Atuk, syaitan dari api kan?
Atuk: Ye cu, kenapa?
Ali: Syaitan akan masuk ke neraka juga kan?
Atuk: Ye cu, kenapa ni?
Ali: Kalau syaitan dari api, neraka pun api. Bila dia masuk ke dalam neraka nanti macam mana dia boleh rasa sakit? sebab api dengan api. Mustahil tuk.

Atuk: Kamu dah jauh lari sebenarnya cu, kuasa Allah kita jangan nafikan. Ciptaan Allah pun jangan cu. Kita sebagai hambaNya kena bertakwa sahaja. bukan dengan memikirkan yang bukan dari akal kita. Sebab ilmu manusia hanya satu titis dari selautan.

Ali: Tapi tuk, ali nak tahu.....
Atuk: *Ambil batu, lalu dilontar kepada cucunya itu*
Ali: Aduhh ! sakitlah tuk *Ali merengek kesakitan*
Atuk: Ali, batu itu dari mana?
Ali: Dari tanah lah tuk.
Atuk: kalau macam tu manusia diciptakan dari mana?
Ali: Daripada tanah jugak lah tuk. *Ali mengganguk keanehan*
Atuk: Habis, kenapa kamu menjerit tadi?
Ali: sebab sakitlah tuk, tanya pula dah.
Atuk: Eh, bukan kamu kata manusia dari tanah juga ke? Tanah dengan tanah takkan lah boleh rasa sakit... pelik ni *atuk buat-buat taktahu*

Ali: alaa tukk,...
Atuk: Sekarang kamu faham kan? Syaitan pun begitu, walaupun ia dicipta daripada api tak mustahil dia akan terima azab siksa di neraka nanti. Macam kamu rasa sakit tadi. *atuk senyum sinis*
Ali: Ohh, macam tu... *Ali mengganguk tanda faham*
Atuk: Dah solat isyak ke belum ni?
Ali: sudah tuk...
Atuk: Mari sini kamu.. *atuk menggeletek ali dengan penuh kasih sayang..*
Ali: *cuba mengelak...*

Begitulah kisah pendek antara dua orang beranak pada suatu ketika...
*Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata..
TAMAT



Comments

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA