Mengapa?

Assalamualaikum wbt

     Pernah tak kita tertanya kepada diri kita sendiri, kenapa selama ini aku jahat sangat? Perintah Allah aku tak endahkan, sunnah rasulullah saw aku tak amalkan dan kata-kata ibubapa aku abaikan... kenapa semua itu berlaku sebenarnya? Memang terdetik dalam hati aku nak berubah sangat-sangat, taknak dah buat orang lain tak suka dengan sikap aku ni. Tapi bila? bila masanya yang sesuai? Hari ni aku tak solat, dalam hati terdetik serangkai kata "Takpe, esok aku solat cukup laa" tapi hakikatnya tak juga dibuat...

     Mengapa hati kata lain tapi badan buat lain? Itulah masalah kita sebenarnya, mungkin bila kita fikir kita nak berubah jadi baik kita akan jadi baik, tapi hakikatnya tak jadi. Reality is, ada syaitan yang menghasut kita. Setiap kali kita berniat dan fikir nak buat perkara baik, syaitan berkobar-kobar nak hancurkan niat kita itu. Yang akhirnya niat kita itu jadi niat tak sudah... Oleh itu, kita kalau nak berhijrah kata orang lah kan. Makna kata, nak buang yang keruh dan ambil yang jernih. Taknak dah jadi jahat, nak jadi baik pula. Kita kena berdoa pada Allah, agar dipermudahkan segala urusan kita itu.

     Kalau nak bermula, mula dengan HATI dulu. Kita sucikan hati kita dengan solat taubat dan sebagainya. Lepas pada itu, tukar penampilan kita pula. Daripada freehair kepada bertudung, daripada skinny jeans kepada kain. Daripada tak tutup aurat kepada yang tutup aurat. Bila dah penampilan bagus, baru lah seiring dengan hati. Kalau penampilan bagus tapi hati kotor? macam mana agaknya tu?... Kita lah kan, kita laa awak, saya, aku, kau, etc. Apa-apa saja perkara yang kita nak buat. Kena niat kerana Allah dulu... Sebab kita hidup kerana Allah. Dan Allah yang hidupkan kita setelah kita mati(tidur).

    Perbuatan apakah yang tidak diniatkan kerana Allah? Itu adalah perbuatan sia-sia... memang dapat untung, tapi untung didunia sahaja, akhirat melepasssss~. Hahaha, okay maafkan saya. Jadi, konklusinya. Hidup ini kenalah berlandaskan iman(islam) barulah hidup kita bahagia(walaupun kita miskin, sebab bahagia boleh datang dalam pelbagai cara)...


Comments

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA