Srikandi Hati

Assalamualaikum wbt

Leka dengan cinta dunia hingga lupa akan cinta utama terhadap sang Raja. Biasalah manusia, memang mudah lupa akan rahmat Allah. Inikan pula lupa akan hati budi manusia. Tak hairanlah mengapa hati manusia sekarang ini sentiasa bercelaru. Sebab sibuk dengan dunia yang alfa. Sebenarnya, kita hidup untuk mendapatkan rahmat, apa yang dimaksudkan dengan Rahmat? Okay, Rahmat ini sebenarnya Kasih Sayang. Tapi kasih sayang siapa? ye betul, kasih sayang Allah. Maksudnya?

Sebagai contoh yang mudah, ada seorang lelaki atau perempuan yang kita suka. Bukan suka saja, tapi sangat-sangat suka. Boleh dikatakan cinta, kita suka dan cinta akan dia. Tapi, ada kemungkinan ke dia suka dan cintakan kita juga? Jadi, kita perlulah "claim" cinta dan kasih sayang dia untuk kita betul tak? Sebab itu memang apa yang kita nak.... nak dipendekkan cerita. Kita pun dapatlah apa yang kita impikan dengan dia... dan blah blah. Hahaha, maafkan ana.

Sama juga Allah, kita hidup, kita kerja, kita makan, kita minum, kita solat dan etc. Sebenarnya kita juga nak dapat kasih sayang Allah. Sebenarnya kita tak perlu pun "claim" kasih sayang Allah. Sebab kita dah tahu, Allah memang sayangkan hambaNya. Tapi kita nak claim rahmat dia oleh kerana kita inginkan sesuatu. Apa dia? SyurgaNya... Memang Allah sayangkan hambaNya. Tapi kita yakinkah dengan rahmatnya yang itu kita boleh masuk Syurga terus? belum tentu. Jadi, sebab itulah kita perlu letak hati kita dulu, kepada siapa? Kepada Allah. Kita doa kepada Allah, agar Dia jagakan hati kita, peliharakan kita dan mudahkan segala urusan kita. Allahu... romantik bukan? :')

Jadi, kepada pembaca-pembaca ana ini. Jangan mudah lupa Allah. walaupun kita tak nampak Allah. Sentiasalah ingatkan diri bahawa Allah itu ada, Dia sedang tengok aku, Dia sedang dengar aku. Janganlah putus-putus berdoa kepada Allah. Yakinkan hatimu. betakwalah.. hehe


ana pengembara, mencari ilmu. walaupun ana bukan pengembara yang mengembara ke lembah-lembah dunia :) 




Comments

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA