Setahun

Assalamualaikum,

Semalam, 3 haribulan Jun 2013 telah pun masuk setahun kematian Allahyarhamah Yasmin binti Johan atau pun lebih dikenali sebagai Yasmin J Hunwick.
Subhanallah,  

"daripada Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali."

Masih tak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya mula-mula mengetahui berita kematian allahyarhamah, jalan arwah menuju Ilahi begitu menyedihkan. Rasanya tak perlulah saya beritahu anda semua itu.

Bissmillahirahmanirahim,
Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Washshalatu wasssalamu ala asyrafil Anbiya’ wal Mursalin wa ala alihi wa shahbihi ajma’in. Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad,

ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa arwah,
dosa-dosa kedua ibubapanya dan juga dosa-dosa kedua ibubapa kami,
Kau haramkanlah baginya nerakaMu,
Kau masukkanlah arwah kedalam syurgaMu,
Kau tempatkanlah arwah dalam kalangan orang yang bertakwa,
Dan juga kepada kami,
Ya Allah, sesungguhnya kematian arwah telah mengingatkan kami tentang kekuasaanMu,
Oleh itu, kurniakankanlah bagi kami kazanah penbendaharaanMu,
kurniakanlah kepada kami tubuh badan yang sihat,
akal yang cerdas, dan umur yang panjang,
kau kurniakanlah juga kebebasan kepada saudara-saudara kami di palestin dan
di syria. Kau hancurkanlah musuh-musuh mereka.

Allahumanshuril mujaahidin fi suriya wa fi falashtin’
Rabbi syrah li sodri, 
wa yassirli amri, 
wahlul 'uq datan min lisaniy, 
yafqahu qauliy

Aamiin.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan alfatihah kepada arwah, kepada ibubapa kita, kepada saudara-saudara kita, dan kepada diri kita sendiri.




Assalamualaikum wbt, wallahualam bissawab

Maaf, saya tidak mampu menulis tentang arwah panjang-panjang seperti blogger yang lain.

Saya hanya mampu mendoakan sahaja. Maaf



Comments

  1. Uncle komen :Masa mula2 arwah meninggal, blog ijat adalah yang pertama kami baca. Kata-kata yang sangat menyentuh hati uncle, iaitu 'Ya Allah ya Tuhanku,bebaskan lah arwah dari azab api neraka walaupun sehelai rambut' Doa ini lah yang uncle baca setiap kali selepas solat sehingga ke hari ini. TKasih kerana masih mengingati arwah walaupun sudah setahun. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan saudara Ijat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum uncle/aunty, Alhamdulillah... "daripada allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali" subhanallah. Sejak pemergian arwah. Dialah punca saya semakin dekat dengan agama. sejak itu juga saya mula ingat mati. Saya cuba mendekatkan diri dengan agama dengan memasuki ke sekolah maahad tahfiz selama beberapa bulan. Alhamdulilah, kini sudah ada serba serbi kebaikan dalam diri saya, semuanya bermula daripada arwah. insha allah, allah juga akan merahmati uncle/aunty sekeluarga.

      Delete

Post a Comment

Allahuakbar :D

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA