Kata Hikmah (Random)

Assalamualaikum, post ini saya nak kongsi sikit tentang kata-kata hikmah yang saya pilih secara random (bahang rambang). Saya rasa ia amat sesuai untuk dikongsi bersama :)

1. Pada suatu hari dan suatu ketika, kita terlihat kemungkaran yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Kita tak mampu nak tegur sebab kita takut sesuatu akan berlaku, kita juga tak mampu nak cegah sebab kita tak berdaya. Tapi, tak ada cara lain ke? Ye ada, cukuplah sekadar kita membenci dan menjauhi perbuatan dia.

2. Pemergianku suatu hari nanti tidak dirancang olehku, oleh itu aku harus tekad untuk mengumpul amal ibadat sebanyak yang boleh sebagai bekalan hidup di akhirat nanti. (Tersirat)

3. "Sekiranya ada wanita melalui dihadapanmu, maka rendahkanlah pandanganmu (tunduk) sehingga dia melepasimu"- Rasulullah saw (Sollu alan nabiy) Allahumma solli ala sayyidina Muhammad, waala alihi wasabihi wasaliim.

4. "Wala taqrabu zina"- Janganlah kamu menghampiri zina. Tak zina lagi tu, menghampiri zina seperti amalan "bercouple" pun dah jadi haram. nauzubillah, sering kali kita lihat pada zaman sekarang dalam kalangan remaja sekolah :(

5. Lambatkan marah, cepatkan bertenang. (Tersirat)

6. Tiada lagi tempat yang paling selesa untuk kita mengadu masalah kecuali dalam solat dan doa terhadap Allah swt.

7. Bila orang tak suka kita, kita buat diam sudahlah. Sebab itu tanda kehidupan kita jauh lebih baik daripada dia. Maka bersyukurlah, alhamdulillah

Harap dapat beri semangat, kehkeh.

Comments

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA