Maluku Hatiku.

assalamualaikum wbt

"Allah sahaja yang menjadikan yang mungkin dan mentiadakan yang mungkin"
- Tuan Guru Ustaz Razak

Apa yang dimaksudkan oleh ustaz Razak tu? maksudnya, dalam dunia ini, dalam alam ini, hanya Allah sahaja yang ada kuasa untuk "mewujudkan" sesuatu dan "mentiadakan (mematikan/memusnahkan)"
Sama juga dengan jodoh, semua jodoh kita boleh dikatakan telah ditetapkan oleh Allah sejak kita berusia 4bulan dalam kandungan, masa itulah Allah meniupkan roh kita. Menulis sama ada hidup kita akan senang atau celaka, miskin atau kaya, dan qada' dan qadar kita pun turut ditulis ketika itu.

But, saya taknak berhurai atau bermadah tentang itu. Saya nak bermadah tentang ikatan ukhuwwah atau remaja sekarang lebih gemar memanggilnya "CINTA".

Cinta
adalah sesautu fitrah manusia yang tidak dapat kita ungkapkan dengan kemanisan bahasa.
Tetapi, ia dapat diungkapkan dengan rasa dan kehadirannya dalam hati serta jiwa seseorang.
Jika mahu dikatakan, hampir kesemua manusia didunia ini pernah merasai cinta. 
Sama ada cinta itu dia beri kepada orang lain, menerimanya daripada orang lain atau disimpannya saja dalam hati.
Sungguh, kerana cinta itu adalah satu anugerah Allah yang tiada tolak bandingnya. Tetapi, malang sekali manusia telah menyalahgunakan nikmat cinta dengan mencampur adukkan ia dengan kebuasan nafsu dalam diri mereka.
Dan dari sini, mulalah satu ikatan cinta yang boleh dikatakan HARAM seperti couple. Kerana couple ini, tiap-tiap mereka hanya mencari kebahagian, dan bukannya mencari keredhaan Allah. Malah mendapat murka Allah. Yang akhirnya, mereka bercouple ini akan merasakan bahawa cinta itu hanyalah satu permainan kosong dunia sahaja.
Sedangkan cinta itu merupakan salah aset penting dalam kehidupan kita, tanpa perasaan cinta tiada wujudnya manusia yang bersifat berkasih sayang, prihatin, berbelas kasihan, penyayang serta berperikemanusiaan.
Mungkin tanpa perasaan cinta juga, manusia akan dianggap sebagai makhluk yang sangat kejam kerana tiadanya nilai murni kecintaan dalam diri tiap-tiap mereka. Tahukah kita? perasaan cinta inilah yang kita perlukan untuk mengurus tadbirkan perihal dunia dan akhirat? 
Sedarkah kita? cinta yang kita perlukan untuk memperoleh rahmat Allah?
andainya Allah tidak menciptakan fitrah kecintaan ini dalam diri manusia, mungkin tiadanya pertalian cinta manusia terhadap Penciptanya.. Oleh itu, untuk mencurahkan cinta, untuk memberikan kasih sayang. Hendaklah kita berhati-hati . Kerana cinta yang diberi kepada manusia dengan sewenang-wenangnya berkemungkinan ianya adalah nafsu yang bertopengkan fitrah. Nafsu manusia yang rakus, yang tidak akan pernah puas.
Peliharalah pertalian cinta kita, dengan siapa? Dengan Allah swt dan rasulullah saw. 

:)


Comments

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA