Jangan Mengalah

Salah satu kesilapan besar yang telah kita buat hingga hilangnya nikmat 'berjuang' adalah membanding-bandingkan ujian yang kita terima dengan ujian orang lain. Sakitnya 'medan peperangan' yang kita rasai hari ini mungkin tidak dirasai oleh orang lain, mungkin juga mereka tidak memahami.
Mereka pernah merasai atau tidak, memahami keadaan kita dari awal hingga akhir atau tidak, itu bukan alasan untuk kita memperlekeh-lekehkan ujian kita dengan dengan ujian orang lain. Mengapa perlu merasa besarnya ujian yang Allah turunkan kepada kita, hingga tidak terasa nikmat ujian itu? Bukankah hadirnya sesuatu ujian itu untuk menguatkan? Fitrahnya, alaminya begitu.
Bukannya kita tidak mampu, kita cuma belum temui kekuatan kita yang sebenar atau belum kenal setakat mana kekuatan kita. Sentiasa bersangka baiklah kepada Tuhan. Kerana kehidupan itu sendiri tidak akan hidup (ada) melainkan dimulakan dengan 'tangisan'. Kata mudah:
"Sungguh, bersama kesulitan itu ada kesenangan"
Moga Allah bantu !

Comments

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA