Mung tahu doh...

Dengan nama Allah lalu aku nukilkan.

Duduk seorang diri selalu duk pikir apa benda aku tengah buat sekarang ni... Haih macam takde hala tuju dan matlamat dah. Duk pikiaq lagi, apa benda la aku nak jadi in next 5 and 10 years from now... Selalu persoalkan benda2 macam ni. Rasa membazir masa pun ada. Rasa memperbodohkan diri pun ada.

Actually, ekceli... Benda yang kita buat tu sebenarnya berdasarkan pilihan kita juga... Takkan la kita buat sesuatu melainkan kita tak pilih ye dak! Nak order air pun kena pilih, dalam banyak2 jenis air, air buah air teh air milo, kau pilih ais kosong. Tu namanya pilih. So, jangan kau tanya lagi kenapa kau sedang berada dalam keadaan itu dan keadaan ini... Apa yang penting, kau teruskan je hidup kau tu. Selagi mana ia tak memberi keburukan, teruskan berada dalam kebaikan! Walau kau tak suka, walau kau rasa kau tak mampu hadap. Percayalah, kau belum kenal lagi kekuatan sebenar kau! Kemong, tunjukkan kekuatan sebenar kau! 

Jangan lupa juga, apa yang kau tengah buat sekarang ni tak kiralah kau tengah belajaq ka, tengah persiapkan diri ka, itu semua adalah ketetapan Allah. Hang tau dak, Allah takkan tinggalkan kau sorang-sorang *urut janggut kening naik* melainkan dia ada nak bantu kau. Kau kena percaya je.. Haaaa cenggitu. Tak usahlah kau duk pikiaq benda masa depan, biar depa la nak jadi apa pun. Kau jangan duk fokus sangat benda nak jadi akan datang sampai abaikan benda yang sekarang... Allah letakkan kau dalam situasi sekarang sebab dia tahu kau mampu hadap, mampu lawan, mampu sailang segala ujian. Sebab apa? Sebab kau sebenarnya kuat weh!!!

Walau kau tak sado macam aku *eh*, tak de muscle berketul2 dan lemak setia bersama, gemuk pendek macam panda sekalipun. Tak bermakna kau  lemah, tak bermakna kau tu tak mampu... Masing2 ada kekuatan tersendiri, dan kekuatan itu hanya kau saja yang mampu tonjolkan.... *drumrole*. Jadi, sudahlah duk pikir benda yang akan datang, hak tu biar Allah settlekan. Dia tahu rezeki kau kut celah mana. Yang kau kena buat, usaha dan sabar je. Hihihi

Kalau kau masih duk persoalkan "apa benda la aku tengah buat ni" hentikanlah. Kau ni memang tak yakin kat diri sendiri eh? *kalau benda buruk kau kena hentikan, kalau benda baik kau kena yakinkan*.. Buat benda elok dah, tapi masih duk tanya soalan apabenda la aku tengah buat ni, orang pandang sebelah mata je. Eh eh, kau ni kan... Cuba la yakin sikit dengan setiap benda yang kau buat tu, dan cubalah hiraukan setiap padangan dan fikiran orang terhadap kau. Kau ni terlalu miskin sebab bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Tahu apa orang ganu kata? "acu cuba tera test hargai diri gok posen dua", hah .. Cubalah hargai setiap benda kau buat tu... Barulah keyakinan ada. Kalau kau tak hargai diri sendiri, siapa lagi nak hargai kau? Aku? Memang tak lah, aku pun sibuk duk hargai diri sendiri :')

Ya sayang, kau kena berhenti fikir buruk tentang diri sendiri. Itu tidak dapat membantu langsung, malah memburukkan lagi. Jangan terlalu berburuk sangka hingga apa yang Allah kurniakan kau nak persoal. Sudahlah, kau kena yakin kepada Allah, dan yakin dengan apa kau buat. Pujuklah diri tu, jangan terlalu berasa lemah, kau kuat sebenarnya. Lepas ni, letakkan matlamat bahawa kau kena hargai diri sendiri lepas ini? Bagaimana caranya?


Caranya mudah, mulakan dengan tidak berburuk sangka dengan ketetapan Allah dan kebolehan diri sendiri... Insya Allah, kau mampu.



Comments

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA