Assalamualaikum. Jauh disudut kata hati aku, aku pernah terfikir.... jap fikir itu pada akal kan? bukan pada hati betul tak? err, sebenarnya pada buah fikiran lah (otak/akal) aku terfikir, kenapa Allah beri sesuatu yang tidak pernah aku minta? kenapa Allah jadikan sesuatu perkara bukan pada waktu yang aku inginkan? dan kenapa Allah beri ujian yang sedih, berat, dukacita, kesusahan, keperitan dan sebagainya saat aku sedang berbahagia? aku terfikir, mungkin Allah jadikan ini semua bersebab, ya bersebab! tapi apa yang aku fikirkan tu? aku fikirkan apakah sebabnya... Aku terfikir, apakah asbabnya Allah jadikan semua itu? Maha Suci Allah yang Mengetahui segalanya samada dalam pengetahuan atau diluar pengetahuan kita. Kenapa Allah berikan sesuatu perkara padahal aku tidak pernah pun minta? Mungkin Allah nak tunjuk bahawa ada sesuatu yang lebih baik daripada benda yang aku minta? mungkin perkara atau benda yang aku minta itu buruk bagi aku. Aku tak tahu, tapi Allah tahu. Contoh
Pernah tak kita tertanya kepada diri kita sendiri, kenapa selama ini aku jahat sangat? Perintah Allah aku tak endahkan, sunnah rasulullah saw aku tak amalkan dan kata-kata ibubapa aku abaikan... kenapa semua itu berlaku sebenarnya? Memang terdetik dalam hati aku nak berubah sangat-sangat, taknak dah buat orang lain tak suka dengan sikap aku ni. Tapi bila? bila masanya yang sesuai? Hari ni aku tak solat, dalam hati terdetik serangkai kata "Takpe, esok aku solat cukup laa" tapi hakikatnya tak juga dibuat. Mengapa hati kata lain tapi amalnya buat lain? Itulah masalah kita sebenarnya, mungkin bila kita fikir kita nak berubah jadi baik kita akan jadi baik, tapi hakikatnya tak jadi. Reality is, ada syaitan yang menghasut kita. Setiap kali kita berniat dan fikir nak buat perkara baik, syaitan berkobar-kobar nak hancurkan niat kita itu. Yang akhirnya niat kita itu jadi niat yang tak sudah... Oleh itu, kita kalau nak berhijrah kata orang lah kan. Makna kata, nak buang yang keruh da
“Bicara adalah merupakan kemampuan untuk mengucapkan bunyi-bunyi artikulasi atau kata-kata untuk mengekspresikan, menyatakan serta menyampaikan segala apa yang ada di fikiran (idea), gagasan, dan perasaan yang dirasa di dalam hati” (Tarigan, 2008). Demikian merupakan definisi yang boleh dikira cukup lengkap bagi kita untuk memahami dengan mudah, bahawa seseorang anak adam itu tidak akan berbicara melainkan ada tujuannya; baik untuk mengatakan sesuatu yang ada di fikirannya, atau mungkin menyatakan apa yang dirasakan dalam dadanya, seperti cinta seorang lelaki kepada seseorang perempuan yang disukai, tampaknya begitulah. Bicara, mengekspresikan kata-kata beserta nada suara mengikut bait yang sedia ada, semua orang mampu berbuat demikian kerana itulah antara kurnia Tuhan kepada hambaNya. Ada yang berbicara dan bicaranya itu mampu melepaskan dirinya daripada sesuatu hal, manakala ada sesetengah yang lain berbicara dan bicaranya itu mampu memenjarakan diri mereka di dalam penjara
Comments
Post a Comment
Allahuakbar :D