Dendam dan Pembalasan


Salam kehidupan kepada semua pembaca,
Mari kita kupas mengenai sakit hati.
kita akan merasa sakit bila ada orang menampar,menendang, memukul dan sebagainya yang berkaitan,
Dan hasil dari perbuatan itu lahirlah perasaan sakit.
namun, hasil dari, kutukan, fitnah, hasad dengki, dendam dan sewaktu dengannya juga membuahkan kesakitan, iaitu sakit hati.
Dan terselit daripada perkara itu, timbullah perasaan fitrah kita, iaitu ingin membalas.
Firman Allah : an-nahl 126
“sekiranya ada yang menyakitimu, maka balaslah dengan balasan yang setimpal dengan perbuatannya, namun adalah lebih baik bagi orang orang yang sabar”
sememangnya tidak salah, tidak berdosa apabila kita mempunyai keinginan untuk “balas” kembali perbuatan orang yang menyakiti kita. Namun ada perkara yang perlu kita lihat.
Pertama.
Sekiranya seseorang memberi tendangan kepada kita, adakah kita mempunyai jaminan untuk kita membalasnya dengan “kekuatan” tendangan yang sama?
Kedua.
Ketika kita membalas tendangan itu, kita membawa emosi, maka kita membawa sekali perasaan dendam yang mana “nafsu” yang menjerumuskan kita untuk membalas tendangan itu dengan lebih kuat, atau sehingga orang itu lebih sakit dari kita.
Sekiranya kita membalas tendangan itu, kita tidak boleh mengukur samada kita membalas sama “kekuatan” dengan tendangan yang diberikan kepada kita. Jadi, ambillah jalan ang kedua itu, seperti yang dikatakan dalam surah an-nahl:126
Sabar adalah jalan yang lebih baik.
Ramai daripada kita keliru dengan maksud pembalasan. Pembalasan dan dendam adalah perkara yang berbeza. Hakikatnya dendam itu adalah hasil dari bergolaknya perasaan marah dan berang pada masa yang sama kita ingin orang yang menyakiti kita itu lebih sakit daripada kita. Namun “pembalasan” berbeza dari “dendam” pembalasan adalah seperti yang dikatakan di dalam surah an-nahl ayat 126,
“balaslah dengan balasan yang sama atau setimpal”
Yang mana kita boleh membalas perlakuan itu, namun perlu sama dengan setimpal, bermakna kekuatan yang sama,
Sekiranya kita ditampar, maka kita tampar kembali, sekiranya kita di pukul, maka kita pukul kembali.
mungkin anda lebih setuju sekiranya sebegini,
Pembalasan = hari kiamat = hari pembalasan
betul bukan? Dalam Islam juga ada “pembalasan” namun ia bukanlah pembalasan dendam, ia adalah berkaitan dengan keadilan
Persoalannya, adakah kita boleh mengukur “counter attack” kita itu? Jelas sekali kita memang tidak boleh mengukur tendangan kita. Untuk membalas pula, kita mestilah sama “kekuatan” tendangan seperti yang kita terima dari orang yang menendang kita itu.
Al kisah,
Ketika nabi s.a.w sedang duduk di hadapan rumahnya bersama aisyah, golongan yahudi datang kepada Rasulullah dan mengatakan kepada beliau “assamualaikum” yang bererti celakalah kamu, namun Rasulullah membalasnya dengan “waalaikum” yang bermaksud, kamu pun sama….
Ha, jadi perkataan nabi itu setimpal dengan apa yang diterima olehnya, namun nabi tidak pergi menumbuk atau membalikkan kata yang kasar, “apa yang kau nak!” namun dia menyatakan dengan perkataan “kamu pun sama”
Namun lain pula kondisi apabila berlaku begini, sekiranya isteri kita curang, adakah bermakna kita harus curang juga?
Sekiranya sang suami main kayu tiga, adakah sang isteri membalas dengan melakukan perkara yang sama?
Tidak sama sekali, sememangnya kita telah jelas yang perbuatan itu adlah pebuatan yang terkutuk dan salah, dosa. Jadi sebaik-baiknya adalah “sabar”
Selamat membaca

Comments

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA