Jagalah dirimu Wanita

Sedih melihat kaum wanita yang begitu lemah lembut bertukar menjadi 'puaka' nafsu.
Tidak dapat saya nak gambarkan macam mana anak-anak dara yang berumur belasan tahun boleh melahirkan anak luar nikah. Sungguh menyedihkan dan hati ini ada juga rasa terkilan dengan segelintir pihak yang tak bertanggungjawab mendidik anak-anak ini dengan baik.

Mungkin perkara sebegini berlaku kerana salah dan silap anak-anak itu juga yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Kerana aurat adalah segala-galanya bagi wanita.
Jom kita terokai Al-Quran dibawah yang menerangkan tentang Aurat Wanita dan Zina.
(Dan sesungguhnya, syaitan akan berbisik "Janganlah kamu meneruskan bacaan kamu dengan membaca maksud Al-Quran itu")

Al-Quran

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." [Al A’raaf : 26]

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." [Al-Israk : 32]

Begitulah sedikit seumpama Al-Quran menceritakan tentang aurat wanita dan buruknya zina. Ingatlah wahai kaum hawa, kamu tinggal di dunia ini hanya membekalkan 1 hati dan 1 akal untuk menjadi seorang yang solehah. Yang menuruti segala perintahNYA.

Semoga kamu menjadi seorang yang SEMPURNA di dunia dan di akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Buat aku terfikir

Masalah kita, banyak berfikir dan cakap...

DIPENJARA SEINDAH BICARA